Sunday, May 23, 2010

Dilemma saat Exam...

Post kali ini inginku kongsikan bersama apa yang telah ku perolehi ketika usrah mingguan pada hari Jumaat yang lalu.... Ini merupakan kata2 terakhir naqibku sebelum kami mengakhiri sesi usrah yg dijalankan di Central Mosque...

Seperti mana kita tahu, musim peperiksaan semakin hampir dan semakin hampir dengan kita. Ketika inilah banyak ujian yg ALLAH berikan pada kita sama ada sedar atau pun tidak sedar. Adakah ke'stress'an exam itu memungkinkan diri kita untuk turut menjadi tertekan?? ataupun makin mendekatkan diri kita dengan ALLAH?? ataupun makin melalaikan kita?? ataupun mungkin hubungan kita dengan sahabat2 juga semakin jauh dan jauh tatkala terlalu taksub dengan stress utk menuntut ilmu sebab exam...

Mungkin pernah terjadi..dan perkara ini telah terjadi pada diriku sendiri.. ya aku akui... kian hari.. solat jamaah yg sering kami serumah jalankan bersama sebelum exam semakin kurang... sebab apa?? bukannya malas... tetapi sebab terlalu pentingkan diri nak ikut schedule masing2... (mcm aku la kot - nak solat awal sebab pastuh nak study... ada yg nak solat lepas study)... sesi bacaan Al-quran??? amalan2 lain yg berbentuk ibadah yg sering dilakukan bersama??? Ya ALLAH... terasa sungguh diriku apabila ku dengari butir2 kata yg keluar dari mulut naqibku...

benar segalanya benar... Ya ALLAH ampunkanlah diriku ya ALLAH....

Tambahan pula, mungkin ada yg stress sampai dengan sahabat sendiri pun x mahu tegur... dan sahabat yg lalai dek hiburan (xnak belajar) x ditegur secara berhikmah agar belajar?? Kadang2 terasa juga di hati si rakan dan si sahabat yg dahulunya hubungan sgt rapat dgn kita.. tetapi secara tiba2 segalanya berubah apabila kita mula stop berhubung dengan rakan2... stop berinteraksi secara baik seperti sedia kala... mungkin inilah ujian ALLAH untuk kita semua...

So, ingin ku seru sahabat ku dan diriku sendiri... Marilah kita bersama2 renungkan kembali bagaimanakah kita?? bagaimana hubungan kita dengan ALLAH?? bagaimana hubungan dgn sahabat2? bagaimana hubungan kita dgn org lain??? dan bagaimana kah kita dan diri sendiri??? Kurangkan ego dlm diri..kurangkan iri dlm hati... kurangkan sikap pentingkan diri dlm hati... bukankah Islam itu indah?? dan bantu membantu +nasihat menasihati itu asas utama dlm persaudraan islam??

Wallahu'alam...ini sahaja coretanku utnuk kali ini... Ya ALLAH tabahkanlah hati hambamu ini dlm menghadapi ujian mu ya ALLAH... AMIN~~~

1 comments: